Saturday, March 7, 2009

Karangan05-Ingat sebelum kena, Jimat sebelum habis.

Memandangkan masa kini di mana ekonomi sedunia sedang mengalami kegenjotan, setiap individu bertanggungjawab atas perancangan perwangan masing-masing. Langkah ini penting demi menjauhkan musibah berlaku kepada diri dan keluarga. Jika berkurangan dalam segi kewangan pada masa yang silam ini, sukar untuk membangunkan diri kembali. Ini akan menyebabkan seseorang ketinggalan apabila ekonomi sudah pulih semula. Ini berpotensi untuk mengundang masalah yang lebih besar.

Mengambil sebagai contoh, sepasang pengantin muda. Baru sahaja dalam lingkungan awal dua puluhan, sudah ingin mendirikan rumah tangga. Mereka belum lagi mempunyai wang simpanan yang akan menjamin keselesaan jika mereka mengalami situasi yang menyekat perbelanjaan. Sebagai sepasang suami isteri, ia lebih manis jika mereka mempunyai rumah sendiri. Apatah lagi jika rumah ibu bapa masing-masing tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menumpang pasangan ini.

Menghadapi situasi yang tertekan seperti ini, pasangan muda yang masih muda seringkali mengharapkan wang pinjaman daripada bank. Sudah tentu, bank tidak akan menunggu klien mereka untuk membayar hutang. Jika mereka tidak mampu menebus hutang pada bulan itu, pihak daripada bank tidak ragu-ragu untuk mengambil langkah yang lebih serius.

Jika pinjaman daripada bank tetap tidak dapat dilunaskan, langkah muktamad yang akan dilakukan adalah menarik kembali rumah tersebut. Segala kepunyaan yang dimiliki akan digunakan sebagai tebusan hutang. Akhirnya, pasangan tersebut akan berada dalam situasi yang lebih gawat.

Disebabkan inilah, ia dicadangkan kami memulakan simpanan peribadi sejak muda lagi. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Dalam masa ekonomi tidak stabil yang dijangka meleret buat seluruh tahun ini, ia tidak wajar untuk berbelanja berlebihan. Mengambil sebagai contoh, seorang pemuda yang baru saja mendapat pekerjaan pertamanya. Baru saja mendapat gaji pertamanya, dia sudah menampaikan hajatnya untuk memiliki keretanya sendiri. Setelah beberapa bulan, mengheboh-hebohkan tentang keretanya, ia ditarik semula oleh syarikat tersebut kerana bayaran bulanan tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, disaman kerana tidak membayar duit cukai. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Penggunaan kad kredit juga telah banyak menimbulkan masalah di kalangan orang ramai. Terutama sekali mereka yang bertahap sederhana dalam masyarakat. Penggunaan kad kredit memberi perasaan kepada pengguna bahawa dia mampu berbelanja lebih dan memperolehi apa saja yang diinginkan. Pada kenyataan, duit yang digunakan itu sebenarnya adalah duit pinjaman daripada bank. Setelah tamat setiap bulan, bil akan dikirimkan kepada pengguna.

Sekali lagi, seseorang itu akan mendapat dirinya berada dalam keadaan yang sempit. Sesak dan susah untuk bernafas. Sekali lagi, hukuman berat akan dijatuhkan kepadanya. Mungkin namanya akan keluar pada suratkhabar 'The Straits Times' dalam senarai nama-nama orang yang telah disytiharkan bankrup. Malu.

Kad kredit atau wang pinjaman. Gelaran yang berlainan untuk perkara yang sama. Berhutang. Ini dikatakan 'Tai Long' zaman moden. Apakah perbezaannya sebenarnya. Berhutang secara kewangan tidak digemari dalam konteks Islam. Ia amat dinasihatkan untuk menjauhkan daripada hal-hal yang dipandang serong seperti ini. Cara yang terbaik adalah mengaturkan perangcangan wang sejak mula lagi. Memastikan bahawa wang buat masa kecemasan tetap ada. Juga merancang sebelum berkeluarga. Supaya dapat memastikan masa depan yang cerah untuk anak-anak dan juga ibu bapa yang telah banyak berkorban. Kita harus tahu apakah keperluan dan apakah keiinginan. Perancangan seperti ini penting demi menjaminkan kebahagiaan seseorang dalam masa depan, tidak kira keadaan ekonomi.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

No comments:

Post a Comment