Wednesday, March 11, 2009

contoh karangan-ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

"Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis ", hal ini merujuk kepada sikap-sikap baik yang harus ada pada orang dalam kehidupannya. Agar sentiasa berhati-hati. Seseorang perlulah berwaspada agar tidak terpedaya dan habis harta yang dimilikinya.

Antaranya, dia harus berhemat sewaktu berada dalam keadaan untung dan berusaha untuk menabung. Tabungannya itu boleh digunakan sewaktu berada dalam keadaan sesak, 'sediakan payng sebelum hujan'. Tabungannya harus kerap, seperti kekata, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Begitulah juga halnya dalam kesihatan tubuh badan kita. Badan yang sihat membolehkan kita berusaha dengan lebih baik. Jika dapat bersenam dengan kerap, cukup rehat, jiwa akan tenang. Kita harus mengawal hidup kita setiap hari, menjaga pemakanan dan minuman. Kita harus sering makan makanan yang menyihatkan tubuh dengan kadar yang sesuai. Tubuh akan berfungsi dengan sebaiknya. Ketenangan jiwa akan dapat kita miliki jika kita berusaha memperolehinya. Seandainya kita menghadapi masalah, kita harus berusaha menyelesaikannya.

Kadangkala, demi mengurangkan tekanan yang dihadapi, kita perlu mendapat bantuan orang yang kita percaya. Kemahiran dalam mengendali kesihatan diri dan kewangan boleh dipelajari pada setiap masa. Melalui membaca atau mengikuti kursus kursus yang disediakan.

Pengetahuan baru harus seseorang tahu dalam zaman yang serba berubah ini. Mendapatkan maklumat yang tepat sebelum mengambil tindakan. Kewajaran akan timbul jika awak ada kemahiran. Ilmu yang kita dapat dari kemahiran itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Oleh itu, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis mendidik kita supaya sentiada berpandang hadapan dan dengan semua usaha yang kita lakukan sekarang, kita dapat mencapai kejayaan.

-Cikgu Manaf

No comments:

Post a Comment