Saturday, March 7, 2009

Karangan03 -Kemalangan di makmal sains

Tidurku terganggu disebabkan deringan loceng jam aku. Rabun tanpa cermin mata, tangan aku meraba-raba merata tempat mencari punca kekacauan ini. Tiba-tiba, aku kehilangan keseimbangan. Mataku celik mencari arah, dunia seperti bergerak terlalu laju.

'Aduh!' terpekik aku apabila punggung terhentak lantai bilik darjah.

Hanya tinggal aku seorang diri di dalam kelas. Aku dibuai mimpi semasa aku membuat latihan Kimia yang sebelum ini belum aku selesaikan. Mengerling mataku kepada jam dinding di hadapan kelas, sudah lebih jam lima petang. Pantas aku mengemaskan buku-buku dan mengangkat kerusi yang tadi terjatuh. Lalu, aku bergegas ke makmal sains sambil mengurut punggung aku yang masih berdenyut-denyut kesakitan.

Suasana sekolah seperti terlalu sunyi, tiada activiti luar kurikular pada hari jumaat. Ramai yang merampas peluang untuk pulang awal pada hari ini. Tidak seorang pun yang aku terserempak di kaki lima sekolah. Tanpa sebab yang kukuh, aku sedih dengan kenyataan ini.

Sebaik sahaja aku pusing kiri untuk melangkah masuk makmal sains tersebut, seorang lelaki yang berbadan besar dan tinggi hampir-hampir betembung dengan diriku. Keadaannya seperti tidak tentu arah. Aku melihat urat yang tegang di lehernya, peluh menitis dari dahi ke bajunya yang seperti betompok hitam dengan kotoran. Mataku terpandang kepada tatu di lengan kanannya. Naga; seperti pernah aku lihat. Tanpa sebarang kesedaran bahawa aku wujud dan berada di hadapannya, dia mula melangkah ke arah gerbang depan sekolah.

Tidak pula aku berfikiran panjang tentang sikapnya yang cemas. Lincah, aku letak kertas kerja aku di atas meja guru dan menuju keluar. Hatiku berlonjak gembira, akhirnya, aku dapat pulang dan rehat sepuas-puasnya.

Jantungku berhenti berdegup apabila tiba-tiba, setelah beberapa tapak di kaki lima luar makmal sains, sebuah letupan yang tidak dapat dibandingkan kuatnya berlaku.

Aku berperilaku megikut naluri dan merengkok dengan melindungi kepala aku dengan kedua-dua tangan. Terasa pedih tidak terhingga apabila serpihan kaca daripada tingkap makmal tersebut mengguris kulitku yang terdedah. Namun, aku berdiam sahaja dalam kedudukan itu, menunggu impak letupan itu reda.

Dengan awas, aku celik dan menurunkan tanganku lalu bangun. Tanpa berfikir, aku menuju kembali ke dalam makmal sains itu. Kepala aku pusing, cuba memadankan peristiwa petang itu. Tanpa aku sedari, aku sebenarnya sedang mencari punca letupan tadi. Kakiku membawa aku kepada bukti yang aku inginkan.

Di belakang makmal sains, dalam sebuah kabinet, terletak bahan cecair Kimia yang amat merbahaya. Namun, gelas kabinet itu sudah pecah dan bahan-bahan Kimia telah tumpah daripada bekasnya. Kelihatan lebih daripada dua jenis bahan yang tercampur. Di hadapan kabinet tersebut, terletak kata-kata 'Highly Concentrated Chemicals'. Aku mendongak ke dinding, terdapat sepasang penghawa dingin yang baru sahaja dipasang. Mataku mengikut kabel yang terjuntai daripada penghawa dingin, ia berakhir di sebelah kabinet tadi. Lalu aku teringat imej sebuah naga. Jawapannya sudah jelas.

'Azmi! Kamu cedera!' ujar guru Kimia aku yang kelihatan cemas dan dalam keadaan bercungap-cungap.

Tanpa membuang sebarang masa, aku menjelaskan segala theori aku kepadanya. Lelaki yang bertembung dengan aku tadi adalah salah satu perkerja yang sedang memasangkan pengahawa dingin di beberapa tempat dalam sekolah ini. Aku pasti kerana jelas mengingati tatu naga yang pernah aku lihat semasa dia melakukan tugasnya di bilik darjahku. Ternyata, fikirannya gersang apabila melakukan kesilapan semasa bertugas di makmal. Dia tahu akan bahayanya bahan Kimia itu. Sebelum dituduh, dia berasa lebih selamat untuk melarikan diri dahulu.

Disebabkan kecederaan yang aku alami, aku terus dibawa ke hospital untuk dirawat.

Dengan pemeriksaan yang lebih lanjut oleh pihak polis, terbukti bahawa lelaki yang aku mensyaki bersalah. Dia dihukum beberapa hari setelah kemalangan tersebut.

No comments:

Post a Comment