Saturday, January 17, 2009

Mr Bean-karangan 02

Cawangan pertama Mr Bean dibuka pada tahun 1995 di People's Park Hawker Centre. Kini, ia sudah pesat berkembang sehinggakan terdapat 36 cawangan di merata Singapura dengan kakitangan yang melebihi 300 orang.

Satu daripada sebabnya mengapa Mr Bean mengatasi syarikat soya bean lain di Singapura ialah ia tidak teragak-agak untuk mengambil risiko. Encik Kang Puay Seng, pengerusi syarikat ini menceritakan tentang konsep mereka yang mencanggah tradisi.

Mereka mengubah dan mempelbagaikan produk-produk mereka dengan menyelam dalam idea yang baru dan menarik. Encik Kang Puay Seng mengatakan bahawa pengkajian untuk menghasilkan makanan yang berkhasiat tetapi tetap menyelerakan untuk pelanggan-pelanggan mereka. Dari produk yang biasa seperti kuih nipis yang diperbuat daripada adunan soya dan berinti kacang, kini sudah ada air 'ice blended' berperisa kacang soya sehinggakan ais krim berperisa soya.

Dengan penghasilan yang mengikut citarasa pelanggan dan rentak zaman moden kini, Mr Bean semakin berkembang kerana menarik perhatian dengan produk-produk mereka yang ala-ala makanan segera, ringkas dan tetap bergizi. Semua harga yang ditetapkan mereka juga amat berpatutan. Ini selari dengan moto mereka , 'Bringing you life's simple pleasures'.

Selain innovasi, teknologi yang semakin maju juga memainkan peranan yang penting demi memasarkan syarikat ini. Berbandingkan dengan cawangan pertama mereka pada tahun 1955 yang mempunyai dua pekerja tanpa sebarang alat teknologi, syarikat ini telah berkembang dalam pelbagai aspek. Dengan mengorak langkah berani ia telah mengeluarkan modal yang banyak untuk peralatan bagi penyediaan bahan dan kakitangan.

Encik Kang Puay Seng juga percaya bahawa layanan mesra pekerja-pekerja juga turut memberi kesan kepada pelanggan. Jika layanan yang diberi kepada pelanggan memuaskan, pasti ia memainkan peranan untuk mempromosikan Mr Bean. Dengan kata-kata dari mulut ke mulut, pasti ia akan lebih terkenal jika produk dan layanan pekerja sentiasa dipeliharakan pada mutu yang tinggi.

Dengan pengurusan dan pengaturan yang cekap juga risiko yang diambil tepat pada masanya, syarikat ini telah mendapat pulangan yang besar dan sambutan yan
g hangat demi keunikan idea mereka. Sedikit demi sedikit, kami kelihatan perkembangan syarikat ini. Walaupun kecil di mata dunia, ia kukuh dengan prinsip sendiri dan kaya keunikan Asia. Seperti yang dikatakan Encik Kang Puay Seng, We are small but strong, simple yet rich,"

No comments:

Post a Comment