Friday, January 9, 2009

Karangan Kerjaya- 01

Safiah Mohamed (17) 4L1

Soalan: Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama. Bincangkan.

Kerjaya seseorang adalah panduan kehidupannya. Dibicarakan secara umum di Singapura, kita mengikuti pelajaran sekurang-kurangnya enam tahun di sekolah rendah dan empat tahun lagi di sekolah menengah. Setelah itu, masing-masing memilih jalan yang tersendiri, mengikut minat,kecenderungan dan mengejar impian.

Selama menimba ilmu di sekolah menengah, kita sentiasa disoal oleh guru-guru juga orang tua masing masing, ‘Apakah kerjaya yang kamu inginkan?’ Setalah menjejak menengah tiga, kita disuruh memilih campuran mata pelajaran yang sesuai berdasarkan minat dan kecenderungan kita. Di tahap ini, kita harus mempunyai sedikit sebanyak idea tentang kursus dan kerjaya yang kita inginkan supaya tidak menyesal dengan keputusan yang diambil. Mata pelajaran yang diambil semasa sekolah menengah untuk ujian peringkat ‘O’ penting bagi menentukan ke arah mana kita boleh menuju.

Minat telah dibahaskan menjadi faktor utama dalam memilih bidang kerjaya. Tentunya minat memainkan peranan yang penting dalam masa depan kerjayanya. Dengan kegigihan, usaha dan minat yang ikhlas, insya-Allah seseorang itu akan diberkati. Jika berusaha, seseorang itu dapat meningkatkan mutu dirinya supaya mencapai tahap antarabangsa. Sehinggakan dapat bergesel bahu dengan mereka yang sudah dikenali sebagai terbaik dalam bidang tersebut.

Menganggap seorang pegawai polis sebagai contoh, jika dia tidak mempunyai minat, merasakan kerjanya itu membosankan dan tidak bermakna, sudah tentu kerjayanya itu tidak akan ke mana. Disebaliknya, jika dia percaya dengan kebolehan dan minatnya, dia bangga akan kecenderungannya, pasti dia dapat dinaikkan pangkat, sehinggakan disanjungi.

Jika minat seseorang itu kental dan telah wujud dari awalnya, dia beruntung kerana memiliki lebih masa untuk menyediakan diri.

Seorang pegawai polis harus fasih dalam perbicaraan, komunikasi dan tutur kata. Dia juga harus berdisiplin dan tegas. Seseorang pelajar yang berminat dangigih boleh membuat persediaan untuk mencapai kualiti-kualiti tersebut. Dia juga boleh mengambil peluang dan mendaftarkan diri dalam NPCC atau ‘National Police Cadet Corps’, mengenalkan diri dengan maksud kerjasama dan kekuatan mental dan fisikal supaya lebih berpengetahuan.

Namun selain minat, kecenderungan juga penting. Misalnya, seorang akan mengalami hambatan jika dia tidak cemerlang dalam mata pelajaran Sains seperti Biology. Walaupun mempunyai minat yang ikhlas, dia harus lebih berusaha supaya dapat setaraf dengan yang lain. Jika tidak, perjalannya akan tersekat dengan kesukaran, mengancam minatnya yang mungkin lama-kelamaan akan pudar.

Pada pendapat saya, minat merupakan faktor utama dalam bidang kerjaya. Namun, minat yang ikhlas sahaja tidak mencukupi untuk meyakinkan kerjaya yang memuaskan. Kecenderungan dan kepintaran juga harus wujud supaya dapat mengekalkan masa depan yang cerah.

2 comments: