Sunday, January 11, 2009

Respons kepada novel Tenggelamnya Kapal Van Der wijck

Novel ini menceritakan tentang naluri manusia. Yang tamak, angkuh, degil, sabar, tidak beriman dan zalim. Ia sebuah kisah cinta yang tidak terungkap antara dua insan. Cinta mereka tercabar dan terhambat sehingga tidak kesampaian. Novel ini memberi saya kesadaran bahawa sikap berdegil yang sukar memaafkan orang lain akan membawa parah kepada diri sendiri. Disebabkan ego Zainuddin, akhirnya dia tidak kesempatan hidup berdua bersama Hayati. Kisah di antara Aziz dan Hayati juga memberi maksud bahawa keputusan berdasarkan nafsu atau semata-mata mengikut kemahuan orang lain akan membawa diri menjadi tidak tenteram.

No comments:

Post a Comment