Monday, January 12, 2009

Menyelam dalam Kolam Fikiran Hayati

Mukasurat 143-144 ( Hayati bersetuju bernikah dengan Aziz )

Keriuhan di sekelilingku reda dan lesap dibawa arus lamunanku. Fikiranku yang berkecamuk melayang jauh kepada Zainuddin. Zainuddin yang aku sangat cintakan. Namun, cinta tak terungkap diesebabkan hambatan dan takdir Tuhan yang terpaksa aku turuti. Apa gunanya memberontak, menentang keadaan, jika sudah pasti aku akan mengalah. Keputusan yang aku ambil terikat dengan kemahuan keluarga. Aku hanya hamba yang tidak bermaya, hampir-hampir aku tenggelam dibawa arus ombak cinta, aku pasrah.

Aku pulang kembali ke realiti. Suara mereka di sekeliling mula mendesa. Hatiku berdebar-debar. Senyap. Aku harus berfikir, adakah mereka tidak mengerti ? Tidak. Kini, sudah tiada jalan keluar, aku lemah. "Bagaimana...yang akan baik kata ninik mamak saja...saya menurut!"

Hatiku resah, nafasku sesak. Aku kesal dengan kata-kata yang aku ujarkan. Akan tetapi, tiada keputusan lain yang mampu aku buat. Cintaku pada Zainuddin seribu kali lebih suci berbanding kepada kesukaan aku kepada Aziz. Cinta itu lebih murni dan ikhlas, tidak tercemar sedikit pun oleh hambatan yang dialaminya. Keadaan berubah, aku yang mungkiri janjiku. Hanya satu yang tidak berubah, aku tetap cintakan kamu, Zainuddin. Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment